Thursday 21 June 2012

Merancang Harta Bahagian 3

Menghibahkan Harta Semasa Hidup


Seseorang Islam boleh menghibahkan hartanya kepada sesiapapun semasa hidupnya, sebahagian atau keseluruhan hartanya. Ini boleh berlaku kepada mereka yang tidak mempunyai anak kandung yang tidak mahu hartanya berpindah secara faraid kepada saudara-saudaranya yang lain. Hibah boleh dibuat dengan menukarkan nama ke dalam geran tanah/rumah/kereta.  

Hibah pada istilah syarak ialah suatu aqad yang mengandungi pemberian milik 
oleh seorang terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya 
tanpa balasan('iwad). 
Dari segi istilah, hibah adalah berbeza dengan pemberian(gift) dalam undangundang Inggeris, di mana perkataan "pemberian" itu adalah lebih luas 
pengertiannya jika dibandingkan dengan hibah, di mana istilah"pemberian" itu 
lebih umum dan merangkumi semua jenis pindak milik. Manakala pengertian 
hibah adalah sempit dan mempunyai konsep undang-undang yang khusus. 
Dalam Islam, hibah sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan 
yang memberi erti memberi milik harta tanpa balasan.Mengikut mazhab Shafie, 
bahawa penerimaan (qabul) itu hendaklah diambil kira dalam menentukan sah 
atau tidaknya hibah. Begitu juga, penerimaan barang adalah satu dari syarat sah 
hibah. Ertinya, apabila berlaku kematian  salah satu dari dua pihak sebelum 
penyerahan barang, maka hibah itu terbatal.

Hukum syarak juga menjelaskan sesuatu hibah yang telah diberi tidak boleh 
ditarik balik dan hukumnya adalah haram, sekalipun antara saudara mara atau 
suami isteri, kecuali hibah oleh bapa kepada anaknya, boleh ditarik balik.

Surah Al Baqarah ayat 177

“dia memberi harta yang dikasihinya kepada keluarga yang terdekat, anak yatim, orang miskin, orang yang berhajat dan hamba”



JENIS-JENIS HIBAH

i) Hibah biasa:
Melibatkan pertukaran hak milik secara terus. Pemilikan telah berpindah kepada benefisiari.

ii) Deklerasi Hibah:
Pemindahan nama akan berlaku pada masa yang di tetapkan. Melibatkan satu dokumen akad yang memberikan pemilikan kepada benefisiari.


Kelebihan membuat deklarasi hibah


  • Aset yang dihibahkan tidak dianggap sebagai harta penghibah (pusaka)
  • Berkuatkuasa serta merta mengikut terma dan syarat didalam deklarasi hibah
  • Aset tidak tertakluk kepada faraid
  • Hak benefisiari selamat dan terjamin




Terima kasih kerana membaca...
Nantikan sambungan topik Merancang Harta Bahagian 4......

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Green i Financial Technology Sdn Bhd


Website: www.greenifinancial.com
Email: greenifintech@gmail.com
Tel. : +603-89120293 / 010-2174860
Fax : +603-89203870


Sumber rujukan: Pintar Pusaka


No comments:

Post a Comment