Monday 9 July 2012

Menyentuh hal perancangan kewangan, kita harus tahu akan kepentingannya dalam menerajui kejayaan sesebuah syarikat. Perancangan kewangan dipercayai menjadi tulang belakang kepada perniagaan yang berjaya di mana jika syarikat berjalan tanpanya, maka syarikat akan kehilangan cengkaman kewangan.  

Syarikat yang berjalan dalam pelan kewangan yang kukuh mampu menangani tindakan yang baik dan persediaan untuk membuat senarai gaji @ dalam akaun yang belum/perlu dibayar. Isu sebaliknya, syarikat terkemuka pun mungkin akan mengalami masalah apabila tiba masa senarai gaji perlu dilakukan sekiranya perancangan kewangan yang kukuh tiada dalam organisasinya. Oleh demikian, pelan kewangan adalah sangat membantu bagi pemilik syarikat untuk menghadapi masa sukar dan cemerlang dalam tempoh masa yang baik.


Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian serius terutamanya apabila berkaitan dengan kejayaan kewangan dalam perniagaan. Pertama, setiap perniagaan mesti mempunyai pengalaman jatuh bangun dan cara pemilik syarikat mengendalikan rintangan tersebut merupakan kunci yang membezakan mereka dengan syarikat-syarikat yang gagal.

          Rancangan kewangan yang baik dan sesuai berguna untuk menghadapi keadaan tertentu seperti; apabila syarikat berhadapan dengan hutang terkumpul dan kenaikan kos. Jadi, bagi menjangka keadaan pada masa depan, syarikat perlu menyediakan pelan kewangan terlebih dahulu. Kejayaan kewangan sesebuah syarikat dikenalpasti apabila penetapan matlamat dan disertai dengan permainan peranan utama.

Kedua, berkaitan dengan organisasi. Ia merujuk kepada kewangan organisasi, bermaksud mustahil untuk sesebuah syarikat terus hidup/beroperasi tanpa mempunyai kewangan. Jadi, sesebuah syarikat perlulah merangka dan menubuhkan pelan kewangan dari awal dan tindakan seterusnya seperti menyemak dan mengemaskini rancangan setiap suku tahun. Hal ini penting dalam memastikan syarikat itu berada dalam landasan yang betul dan terancang.


Ketiga, juga penting iaitu di mana syarikat perlulah mampu menganggarkan pendapatan bagi tempoh akan datang. Tanpa anggaran, syarikat kemungkinan gagal dalam memastikan semuanya berjalan di atas landasan yang betul. Seterusnya, kepelbagaian juga memainkan peranan penting dalam kejayaan kewangan syarikat. Antara aliran/corak pasaran perniagaan yang ceruk, perancangan kewangan boleh menjadi amat berkesan terutamanya apabila ia difokuskan pada pembuatan pelaburan keuntungan ke dalam portfolio yang pelbagai. Dengan cara ini, syarikat akan diberi satu lagi aliran pendapatan yang berpontensi. 



Sumber: Trade Martes – The Global Business News and Strategy.