Monday 7 May 2012

Kepentingan Penulisan Wasiat


RAMAI terkejut apabila dilaporkan bahawa nilai harta pusaka umat Islam di negara ini terpaksa dibekukan sejak sekian lama, dianggar mencecah RM42 bilion iaitu suatu jumlah cukup besar sekiranya ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pembangunan umat Islam di negara ini.

Peninggalan harta si mati yang terpaksa dibekukan ini adalah kerana ketiadaan penuntut yang berhak atau waris yang layak dan sah berikutan kegagalan diselesaikan pewaris apabila berlaku kematian di samping masalah teknikal dan birokrasi melibatkan undang-undang serta pewarisan. Isu ini saban tahun dibangkitkan dan jumlah harta dibeku berkenaan semakin bertambah dari semasa ke semasa serta nilainya juga terus meningkat.

Masalah yang kian serius dan kronik ini berlaku ekoran faktor penyumbang yang antaranya ialah ketiadaan penyediaan wasiat yang sebenarnya merupakan satu instrumen pengurusan dan pentadbiran harta dalam Islam yang kurang difahami, dihayati serta gagal direalisasikan oleh umat Islam hari ini membabitkan harta benda.

Ini kemungkinan besar kurangnya kesedaran terhadap penulisan wasiat ketika masih hidup serta sikap sambil lewa sebahagian besar masyarakat Islam terhadap pengurusan harta kekayaan mereka dan kadangkala isu wasiat juga menjadi topik yang cukup sensitif bagi sesetengah orang kerana ia berkait rapat dengan kematian, keretakan institusi kekeluargaan dan perebutan harta di kalangan saudara mara.


Terdapat beberapa kelebihan sekiranya kita membuat persediaan awal menyediakan wasiat sebagai suatu proses pengurusan dan pentadbiran aset di bawah kawalan dan milikan kita. Ini kerana ia dapat diselenggarakan dengan baik, efisien dan profesional dengan kos minima.

Wasiat kita dapat diurus dan ditadbir oleh orang yang bertauliah seperti ejen wasiat yang mempunyai kelayakan dalam mengendalikan segala urusan berkenaan wasiat merangkumi aspek dokumentasi, penyimpanan, pengurusan, pemeliharaan dan sehingga kepada urusan pelaksanaan wasiat itu sekiranya berlaku kematian.

Proses tuntutan harta pusaka juga menjadi lebih cepat, mudah dan lancar dengan adanya wasiat yang sah dan ini sudah tentu dapat mengelakkan berlakunya pergaduhan, perselisihan dan perebutan harta di kalangan waris yang berhak di kemudian hari.


Kebiasaannya aset yang dilaporkan terpaksa dibekukan ekoran tidak dituntut pewaris yang berhak meliputi wang simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), simpanan di koperasi dan bank, kenderaan, hartanah seperti rumah dan bangunan, simpanan unit amanah, insurans dan takaful, pelaburan saham syarikat, saham amanah, harta intelektual, royalti dan banyak lagi.


Sekiranya keadaan ini tidak diberi perhatian sewajarnya, ia akan memberi impak negatif kepada perkembangan ekonomi negara kerana aset tersebut beku dan tidak dapat dimajukan.


Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut:


Website: www.greenifinancial.com
Email: greenifintech@gmail.com
Tel. : +603-89120293 / 010-2174860
Fax : +603-89203870

No comments:

Post a Comment