Menyentuh hal perancangan
kewangan, kita harus tahu akan kepentingannya dalam menerajui kejayaan sesebuah
syarikat. Perancangan kewangan dipercayai menjadi tulang belakang kepada
perniagaan yang berjaya di mana jika syarikat berjalan tanpanya, maka syarikat
akan kehilangan cengkaman kewangan.
Syarikat yang berjalan
dalam pelan kewangan yang kukuh mampu menangani tindakan yang baik dan
persediaan untuk membuat senarai gaji @ dalam akaun yang belum/perlu dibayar. Isu
sebaliknya, syarikat terkemuka pun mungkin akan mengalami masalah apabila tiba
masa senarai gaji perlu dilakukan sekiranya perancangan kewangan yang kukuh
tiada dalam organisasinya. Oleh demikian, pelan kewangan adalah sangat membantu
bagi pemilik syarikat untuk menghadapi masa sukar dan cemerlang dalam tempoh
masa yang baik.
Antara perkara penting yang
perlu diberi perhatian serius terutamanya apabila berkaitan dengan kejayaan kewangan dalam perniagaan. Pertama, setiap perniagaan mesti mempunyai
pengalaman jatuh bangun dan cara pemilik syarikat mengendalikan rintangan tersebut
merupakan kunci yang membezakan mereka dengan syarikat-syarikat yang gagal.
Rancangan
kewangan yang baik dan sesuai berguna untuk menghadapi keadaan tertentu
seperti; apabila syarikat berhadapan dengan hutang terkumpul dan kenaikan kos.
Jadi, bagi menjangka keadaan pada masa depan, syarikat perlu menyediakan pelan
kewangan terlebih dahulu. Kejayaan kewangan sesebuah syarikat dikenalpasti
apabila penetapan matlamat dan disertai dengan permainan peranan utama.
Kedua, berkaitan dengan
organisasi. Ia merujuk kepada kewangan organisasi, bermaksud mustahil untuk
sesebuah syarikat terus hidup/beroperasi tanpa mempunyai kewangan. Jadi,
sesebuah syarikat perlulah merangka dan menubuhkan pelan kewangan dari awal dan
tindakan seterusnya seperti menyemak dan mengemaskini rancangan setiap suku
tahun. Hal ini penting dalam memastikan syarikat itu berada dalam landasan yang
betul dan terancang.
Ketiga, juga penting iaitu di
mana syarikat perlulah mampu menganggarkan pendapatan bagi tempoh akan datang.
Tanpa anggaran, syarikat kemungkinan gagal dalam memastikan semuanya berjalan
di atas landasan yang betul. Seterusnya, kepelbagaian juga memainkan peranan
penting dalam kejayaan kewangan syarikat. Antara aliran/corak pasaran
perniagaan yang ceruk, perancangan kewangan boleh menjadi amat berkesan
terutamanya apabila ia difokuskan pada pembuatan pelaburan keuntungan ke dalam portfolio
yang pelbagai. Dengan cara ini, syarikat akan diberi satu lagi aliran
pendapatan yang berpontensi.
Sumber:
Trade Martes – The Global Business News and Strategy.
No comments:
Post a Comment